X
KEMBALI
Tutorial 1 : Kenapa Carta Visual?
Artikel ini disediakan oleh :
Syafiq Baharin
5 Februari 2020 Founder Good Rizqi.
Assalamualaikum Sysfel Warriors!
Pernah tak terfikir kenapa selama ni anak kita macam susah betul nak patuh arahan?
Dulu saya pun macam tu, siang malam kerja duk marah je anak saya, Rizqi.

Then baru saya tersedar something.
Kita terlalu banyak guna LISAN!

Bila anak kita buat perangai, kita marah, bebel, tengking & ugut.
Semua ni guna LISAN kan?

Bila anak kita buat baik, apa kita buat?
Sama juga, kita puji dia guna LISAN.
Kita janji dengan dia nak bagi ganjaran, pun guna LISAN.

Tahukah anda, antara LISAN dan VISUAL, mana lagi berkesan dan mudah dihadam oleh otak anak kita?

VISUAL!

Dah terbukti hampir 9000 ibu bapa saat saya taip ni, mereka sendiri cuba guna CARTA VISUAL.

Mereka terkejut bagaimana perangai anak mereka berubah serta merta hanya lepas tukar LISAN ke VISUAL.

Dengan izin Allah swt,
Dari susah dengar cakap, tiba-tiba mudah dengar cakap.
Dari malas, jadi rajin.
Dari degil, jadi patuh.
CARTA VISUAL GOOD RIZQI NI APA?
Secara mudahnya, kita set satu Ganjaran untuk anak kita capai bila dia buat baik.

Ia ibarat satu board game di mana anak kita akan bermula di petak Mula.

Dia perlu buat baik untuk gerak naik ke atas dan matlamat dia adalah untuk ke Istana atas sekali.

Bila dia sampai Istana, dia akan dapat Ganjaran yang dah kita tetapkan tu.
Jika dia buat perangai tak baik, dia akan turun ke bawah.

Kalau dia sampai ke Penjara bawah sekali, dia akan kena denda iaitu wajib Istighfar bersama kita mengikut jumlah yang dah ditetapkan.
Nampak simple, tapi kuncinya adalah pada VISUAL dalam carta ni.

Anak-anak bila nampak Ganjaran secara VISUAL dan nampak tahap tingkah laku dia secara VISUAL, apa akan jadi?

Dia automatic akan motivated untuk buat baik & kurangkan buat tak baik.

Sebab dia dengan jelas nampak, buat baik dapat apa, buat tak baik dapat apa.
Dia sendiri tentukan dia nak berada di tahap mana dalam Carta Visual tu.

Percaya lah, bila anda sendiri dah gunakan VISUAL dan bukan lagi LISAN semata-mata, anda sendiri akan terkejut. InsyaAllah.

Anda akan rasa lega & lapang bila dah tak perlu asyik CAKAP benda yang sama je setiap masa.

More action, less talk.

Semoga bermanfaat perkongsian kali ni.

Kalau anda berminat untuk teruskan bacaan, boleh klik ke 'Tutorial 2 : Cara Guna Carta Visual' di bawah ya.