Tutorial 3 : Senyum & Marah.
.png)
Artikel ini disediakan oleh :
Syafiq Baharin
5 Februari 2020 • Founder Good Rizqi.
.png)
Dalam tutorial sebelum ni saya dah explain tentang Asas Cara Guna Carta Visual ni.
Sekarang ni timbul beberapa persoalan di bawah ni pula tentang Senyum & Marah,
"Kita kena bagi senyum kat semua perkara ke?"
"Nanti tak ke kalau tak bagi Senyum, anak taknak buat kebaikan?"
"Berapa senyum atau marah boleh bagi untuk 1 perkara tu?"
Ramai sebenarnya salah faham tentang Senyum ni, mereka ingat kita kena tawarkan Senyum untuk semua perkara.
Tidak, salah sama sekali.
Kita hanya perlu tawarkan Senyum untuk Key Activities yang selama ni anak anda berat nak buat.
Setiap anak itu berbeza-beza isunya.
Ada yang mudah makan tapi malas nak mandi.
Untuk kes ni, mandi tu jadi Key Activity yang perlu ditawarkan Senyum.
Anda lebih mengenali anak-anak anda, jadi anda akan tahu apa aktiviti yang perlu anda tawarkan Senyum, apa yang tidak perlu.
BERAPA SENYUM PERLU BAGI?
Ini bergantung pada tahap kesukaran aktiviti tu. Lagi susah, tawarkan lagi banyak Senyum.
Contoh, boleh tawarkan 1 Senyum untuk bantu buang sampah.
Tapi tawarkan 3 Senyum untuk kemaskan mainan penuh bersepah di ruang tamu.
Anggap Senyum ni ibarat Motivation Booster.
BERAPA MARAH PERLU BAGI?
Ini bergantung pada tahap serius masalah atau kesilapan yang anak anda buat tu.
Anda boleh saja bagi 1 Marah kalau dia sekadar lewatkan mandi.
Tapi kalau dia pukul adik, anda boleh bagi hingga 3 atau 4 Marah.
Anggap MARAH ni sebagai pengganti marah anda.
Lagi anda rasa nak marah, bagi lagi banyak Marah.
Untuk Tutorial seterusnya, saya akan explain tentang Fungsi Istana, Daily & Ultimate Reward.
Apa dia sebenarnya komponen penting ni?
Klik button "Tutorial 4 : Istana, Daily & Ultimate Reward" di bawah untuk teruskan bacaan.