X
KEMBALI
Tutorial 4 : Istana, Daily & Ultimate Reward.
Artikel ini disediakan oleh :
Syafiq Baharin
5 Februari 2020 Founder Good Rizqi.
Dalam tutorial sebelum ni saya dah explain tentang Senyum & Marah.

Sekarang saya nak explain tentang peranan 'Istana' dalam Carta Visual Good Rizqi.

Dalam Good Rizqi, matlamat utama anak-anak kita adalah untuk capai Istana atas sekali tu.

Kenapa ya?

Sebab dia tahu dengan jelas yang bila sampai je Istana tu, dia akan dapat ganjaran atau dipanggil Daily Reward yang dah kita setkan.

Kita ada 2 jenis ganjaran ya :

1. Daily Reward.
2. Ultimate reward.

APA ITU DAILY REWARD?
Daily Reward adalah ganjaran yang kita janjikan pada anak bila dia sampai Istana atas sekali.

Anda perlu setkan Daily Reward ni ikut minat anak anda.

Biasanya kita letakkan Daily Reward yang berunsur aktiviti, dan bukan material.

Contoh : Jika selama ni anak anda minat sangat tengok Youtube Kids, anda boleh jadikan aktiviti tonton Youtube Kids 30 minit sebagai Daily Reward dia.
APA ITU ULTIMATE REWARD?
Setiap kali anak anda capai Istana, dia akan dapat 1 Star.

Setiap kali anak anda masuk Penjara, akan ditolak 1 Star dia.


Bila dia kumpul sehingga 50 Stars, dia akan terima Ultimate Reward pula.

Ultimate Reward ni anda juga setkan ikut minat anak anda tapi pastikan nilainya lebih besar dari Daily Reward.

Sebab nak kumpul 50 Stars ni bukan mudah ya, jadi pastikan ianya lebih bernilai.

Untuk Ultimate Reward, anda dibolehkan untuk bagi ganjaran berbentuk Material. Tiada masalah.
Daily Reward ni ibarat motivation untuk short term.

Ultimate Reward ni ibarat motivation untuk long term.

Ia saling melengkapi dalam memotivasikan anak anda untuk menjaga tingkah lakunya. InsyaAllah.

Dalam Tutorial seterusnya saya akan explain tentang Fungsi Penjara & Istighfar pula.

Klik button "Tutorial 5 : Penjara & Istighfar" di bawah untuk teruskan bacaan.
Tutorial 3 : Fungsi Senyum & Marah.