Tutorial 5 : Penjara & Istighfar.
.png)
Artikel ini disediakan oleh :
Syafiq Baharin
5 Februari 2020 • Founder Good Rizqi.
.gif)
Dalam tutorial sebelum ni saya dah explain tentang Istana, Daily & Ultimate Reward.
Sekarang saya nak explain tentang peranan 'Penjara' dalam Carta Visual Good Rizqi.
Kebanyakan parenting system lain, banyak fokuskan tentang Reward saja.
Dalam Good Rizqi, kita nak ada satu sistem yang lengkap dengan Punishment juga.
Sebab tu jika sampai Istana di atas, anak dapat ganjaran. Dapat 1 Star.
Jika jatuh ke Penjara di bawah, anak kena denda. Tolak 1 Star.
Jadi anak anda nampak jelas yang dia ada 2 pilihan saja, sama ada nak turun atau naik.
Nak buat baik atau tidak baik.
Jika selama ni anak anda tiada 'meter' untuk dia lihat tahap tingkah laku dia, sekarang ni dia nampak dengan jelas.
Jika pagi tu dia banyak buat tak baik, dia dah makin mendekati Penjara, insyaAllah petang tu dia akan usaha untuk buat baik pula.
Sebab dia nak jauh dari Penjara dan nak kejar Istana pula.
DENDA YANG MENENANGKAN.
Dalam Good Rizqi, denda kita adalah istighfar bersama anak gunakan Tasbih Digital yang disediakan.
Jumlah Istighfar tu pula mengikut umur anak anda.
Semakin meningkat usia, secara auto jumlah Istighfar dia akan meningkat juga.
Jika selama ni anda banyak tengking mahupun cubit, lepas ni anda akan alami satu perubahan besar bila Istighfar di saat anak buat silap.
KENAPA ISTIGHFAR?
Sebab Istighfar itu menenangkan untuk rohani kita dan juga anak kita.
Di saat kita marah, kita biasanya banyak buat kesilapan.
Istighfar ni lah akan menjadi 'penyelamat' kita dari ikut amarah.
Di samping itu, kita nak didik anak kita yang bila buat salah dengan ibu bapa, mereka wajib Istighfar kepada Allah swt.
Bayangkan, anak dah dilatih mohon ampun dengan Allah swt sejak kecil, agak-agak bagaimana Akhlak mereka bila dah besar nanti?
Berhentilah gunakan tengking mahupun kekerasan sebagai denda anak.
Jom berubah ke arah yang lebih baik dengan beristighfar bila anak buat salah.
Dalam Tutorial seterusnya saya akan explain tentang satu fungsi khas dalam Good Rizqi iaitu Good Stories .
Klik button "Tutorial 6 : Good Stories" di bawah untuk teruskan bacaan.