Tutorial 8 : Cara Kawal Emosi Ibu Bapa.
.png)
Artikel ini disediakan oleh :
Syafiq Baharin
5 Februari 2020 • Founder Good Rizqi.
.png)
Dalam Tutorial sebelum ni saya dah explain kan tentang Pantang Larang yang wajib anda follow dalam Good Rizqi.
Sekarang saya nak kongsikan sikit satu point penting iaitu bagaimana kita sebagai ibu bapa nak kawal emosi kita.
ANAK ITU CERMINAN KITA.
Kalau kita selalu gunakan emosi kita bila berdepan masalah, anak-anak akan belajar yang sama.
Jika anak kita kuat marah, pasti salah seorang dari ibu bapa juga pemarah.
BAGAIMANA NAK KAWAL EMOSI KITA?
Ia tidak mudah tapi saya berpegang pada satu prinsip ni iaitu :
BUKAN TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK PASTIKAN ANAK WAJIB DENGAR CAKAP KITA.
Bunyi macam pelik je kan ayat tu?
Tapi pernah tak kita rasa sangat marah bila anak decide untuk tak dengar cakap kita?
Sebab apa ya?
Sebab kita rasa kita wajib buat anak dengar cakap kita, jika anak tak dengar cakap kita, kita rasa kita gagal!
Tapi sedar tak anda, tanggungjawab kita sebenarnya untuk GUIDE mereka saja.
Sama ada mereka nak dengar cakap atau tidak itu sepenuhnya HAK & TANGGUNGJAWAB mereka.
Bila kita let go kan TANGGUNGJAWAB MEMILIH tu pada mereka, anak-anak akan BELAJAR UNTUK TERIMA AKIBAT dari tindakan dan pilihan mereka.
KITA GUIDE, BIAR MEREKA DECIDE & TERIMA AKIBATNYA.
Mereka decide untuk patuh, mereka dapat sesuatu yang positif.
Mereka decide untuk tak patuh, mereka dapat sesuatu yang negatif.
Tugas kita hanya sediakan GUIDELINES melalui Carta Visual ni dan kita jadi penguatkuasa kepada rules yang dah disediakan.
Let them decide!
Kita tak perlu rasa terbeban dengan pilihan mereka.
Sebab tu pentingnya Good Rizqi ni, kita bagi GUIDE, dan kita biarkan mereka DECIDE.
Kalau mereka DECIDE untuk BUAT BAIK, kita bagi Senyum.
Kalau mereka DECIDE untuk BUAT TAK BAIK, kita bagi Marah.
Sampai Istana, kita bagi Ganjaran.
Sampai Penjara, kita bagi Denda.
No hard feeling pun.
Bila kita dah let go, insyaAllah kita akan lagi mudah kawal emosi kita dan jadi lebih tenang.
Dalam Tutorial seterusnya saya akan kongsikan satu cara untuk kita explain pada anak tentang Carta Visual Good Rizqi ni.
Klik button "Tutorial 9 : Cara Explain Pada Anak." di bawah untuk teruskan bacaan.