X
KEMBALI
Tutorial 6 : Good Stories.
Artikel ini disediakan oleh :
Syafiq Baharin
5 Februari 2020 Founder Good Rizqi.
Dalam tutorial sebelum ni saya dah explain tentang Penjara & Istighfar.

Sekarang saya nak explain tentang fungsi Good Stories.

Good Stories adalah satu fungsi tambahan yang ada dalam Good Rizqi.


APA MATLAMAT UTAMA GOOD STORIES?

Untuk kita saling berkongsi contoh yang baik sesama anak-anak kita.

Zaman sekarang ni cukup susah untuk kita perlihatkan contoh rakan sebaya yang baik untuk anak kita.

Jadi Good Stories ni akan jadi satu tempat untuk anak kita lihat yang ramai sebenarnya rakan-rakan dia yang buat pelbagai kebaikan setiap hari.


PENGARUH RAKAN SEBAYA IS REAL!

Mengikut feedbacks dari pengguna Good Rizqi, mereka kata fungsi Good Stories ni berjaya buat anak mereka lagi bersemangat nak buat baik.

Bila nampak je kawan dia lipat kain, dia pun jadi semangat nak lipat kain.

Bayangkan setiap hari mereka diperlihatkan banyak contoh yang baik seperti ini.

InsyaAllah ia akan menjadi satu asbab untuk anak anda menjadi anak yang lebih bertanggungjawab dan sukakan kebaikan.
RISAU GOOD STORIES NI MELEKAKAN ANAK-ANAK?
Jangan risau, kita yang post kan gambar anak-anak kita buat baik dalam Good Stories. Bukan mereka.

Kita hanya perlu tunjukkan sekali sekala pada mereka apa kebaikan yang rakan-rakan mereka sedang buat.

Jadi tiada istilah ia melekakan anak-anak anda.
Jom kita saling memotivasikan anak-anak kita dengan Good Stories.

Ingat ya, pengaruh rakan sebaya tu sangat betul sebab anak-anak kita memang suka 'copy & paste' apa kawan-kawan dia buat.

Jadi, dari biarkan mereka 'copy' perlakuan yang tak baik, lebih baik kita tunjukkan contoh yang baik-baik je kan?


Dalam Tutorial seterusnya saya akan explain tentang pantang larang wajib kalau anda nak gunakan Good Rizqi ni.

Klik button "Tutorial 7 : Pantang Larang Wajib" di bawah untuk teruskan bacaan.
Tutorial 5 : Penjara & Istighfar.