X
KEMBALI
Tutorial 9 : Cara Explain Pada Anak.
Artikel ini disediakan oleh :
Syafiq Baharin
5 Februari 2020 Founder Good Rizqi.
Dalam Tutorial sebelum ni saya dah explain kan tentang bagaimana kita sebagai ibu bapa nak kawal emosi kita.

Sekarang saya nak kongsikan sikit tentang bagaimana anda nak explain buat pertama kali pada anak-anak tentang Good Rizqi ni.

EXPLAIN DENGAN FUN SEOLAH INI SEPERTI SEBUAH BOARD GAME!

First impression itu sangat penting buat anak-anak kita.

Kalau kita bawa masuk Good Rizqi ni sebagai satu kaedah untuk KAWAL mereka semata-mata, mereka akan rasa terbeban dari segi emosi.

Sebab tu penting untuk kita selitkan FUN dalam kita nak explain tu.

Jika mereka lihat ini sesuatu yang FUN, mereka secara auto akan lagi terdorong untuk terus ikut rules dalam 'board game' ni.
PRAKTIKKAN JUGA DENGAN FUN!
Lepas explain dengan FUN, masa nak praktikkan tu kena ada elemen FUN juga. Tunjukkan excitement anda masa nak bagi Senyum tu.

Bila anak-anak nampak kita pun teruja, mereka akan lagi motivated untuk konsisten praktikkan kaedah ni.
SPARK KAN PERSAINGAN YANG SIHAT!
Jika anda ada anak lebih dari seorang, cuba spark sikit persaingan yang sihat antara mereka.

Biar mereka berlumba nak kumpul Stars tu, baru lah mereka akan seronok nak berlumba buat kebaikan.

Tapi kalau ada anak yang agak lambat tu, jangan rendahkan dia, motivate dia secara positif.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


Kita dah pun berada dalam Tutorial terakhir dalam SIRI TUTORIAL PARENTING SANTAI TAPI BERKESAN ni.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kerana anda sudi turut serta membaca dari awal hingga habis.


Ya, Good Rizqi adalah satu entiti perniagaan yang menyediakan platform ini, tapi misi dan visi kami tetap satu iaitu nak memberi sebanyak boleh manfaat kepada seramai ibu bapa di luar sana.

Saya doakan anda peroleh manfaat dari perkongsian ini dan jika ada rezeki anda, cuba lah gunakan Good Rizqi ni.


InsyaAllah ia akan bawa satu perubahan yang luar biasa dalam keluarga anda.

Ketenangan dan kebahagiaan dalam berkeluarga itu sungguh tidak ternilai harganya.


Assalamualaikum.

- Syafiq Baharin.
Tutorial 8 : Cara Kawal Emosi Ibu Bapa.